Rabu, 29 Disember 2010

Taubat

1. Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal” (Surah Ali ‘Imran: 135-136).
Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.
2. Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.
3. Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.
4. Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.
berdoa3.jpg
5. Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
6. Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.
7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).
Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.
8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya” (Surah Ali ‘Imran: 8).
Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” (Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).
9. Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).
Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.
10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

Petikan drpd tulisan DR.Maza

Selasa, 16 November 2010

eidul adha

Labbaikallah humma malabbaik Labbaikallah syari kala kalab baik innal hamda wanni' mata lakawalmulk laa syarii kalak .... Alhamdulilah ,syukur ke hadrat Allah s.w.t dgn limpah kurnianya aku masih bernafas hingga ke hari ini dan dapat menulis pada pagi aidiladha ini.... Banyak yang perlu aku lakukan untuk meningkatkan ketakwaan ku keapada Allah s.w.t,masih terlalu sedilkit ku rasakan amal yang ku lakukan... semoga amalku diterima oleh yang Maha Esa..........Alhamdulilah pagi ini kami akan berkumpul sekeluarga di rumah abah dan mak, abang pun dah samapi dari Shah Alam bersama keluarganya..inilah kenikmatan hidup yang diberikan oleh Allah s.w.t sementara kita masih di dunia ini, Dia tak putus2 memberi dan menurunkan rezeki dan nikmat hidup yang lain hanya kita yang sering lalai dan alpa dengan kehidupan ini......  Ya Allah jangan putuskan segala rezeki dan nikmat kepada hambamu ini.....

Sabtu, 11 September 2010

Aidilfitri 2010

Allahuakbar,Allahuakbar,Allahuakbar walillah hilham, syukur ke hadrat Allah s.w.t diatas dan limpah dan kurnia nya kita masih bernafas hingga ke hari ini.Selawat serta salam kepada Nabi Muhammad s.aw ,serta keluarganya,para sahabat.........
alhamdulilah kita telahpun berada di dalam bulan syawal iaitu bulan kemenangan bagi umat Nabi muhammad yang telah pun berjaya mengharungi ramadhan dengan penuh keikhlasan terhadap yang Maha Pencipta Allah swt....semoga kita dipertemukan dengan ramadan bulan yang penuh dengan keberkatan pada tahun hadapan...
Banyak perkara yang masih boleh kita tingkatkan,terutamanya dari segi ibadah kita kepada Allah swt... hindarilah bidaah ,sesungguhnya bidaah itu adalah sesat,sesat itu tempatnya adalah neraka....

aidilfitri pada kali ini aku telah merayakannya di Johor Bahru bersama keluarga isteri ku.....alhamdulilah,dapat juga merasakan suasana berbuka di sana....selepas ini aku,isteri dan anak2 ku akan pulang ke Ipoh untuk bersama abah dan mak pula merayakannya disana pula,Semoga Syawal pada kali ini akan lebih bermakna kepada diriku dan keluargaku,insyaallah......

Selasa, 17 Ogos 2010

ramadhan

Syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah dan kurnianya maka dapat kita dipertemukan di bulan ramadhan yg penuh barakah ini,,segala puji bagimu tuhan sekalian alam....
Ramadhan kali ini aku bersyukur kerana masih sihat walafiat untuk menjalani ibadah puasa yg telah menjadi rukun islam yg ketiga bg semua umat islam di dunia ini,,,,
Ku pohon padamu ya Allah di bulan yang penuh barakah ini memohon ampun segala dosa-dosa yg sengaja atau tidak sengaja aju lakukan demi untuk kepuasan diri selama ini.....sungguh aku kesali perbuatan yang selama ini aku lakukan tidak bermanfaat bagi diriku dan juga umatku...
Bagi segala kebaikanku ya Allah jgnlah putuskannya daripada ku,aku mahu menjadi insan yg sentiasa bersyukur di atas segala kurniaanmu terhadapku, Hindari lah segala sifat-sifat yg keji seperti sombong,riak dan takabur di dalam diri ini,dan gantikanlah dengan sifat-sifat yang terpuji....

Sekian

Sabtu, 31 Julai 2010

ulangtahun ku

assalamualaikum dan salam sejahtera kepada saudara seagama ku di luar sana.. syukur ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah dan kurnianya maka kita masih bernafas hingga ke saat ini.Selawat serta salam kepada baginda Rasullulah dan keluarganya serta para sahabat dan golongan solifus solih di atas ajarannya tentang agama Islam yang begitu suci,semoga Rasullulah akan memberikan syafaatnya kepada kita di hari akhirat kelak. Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani 

Hari ini 31/julai/2010 ini maka genaplah umurku 36 tahun. Masih banyak impian dan harapan ku yang masih belum tertunai lagi.Masih banyak kekurangan diri ini untuk aku tempuh perjalanan yang jauh ini...sempatkah aku atau dapatkah aku untuk kecapinya. Masih panjang perjalanan ini untuk aku lalui dan redahi,dan aku tahu dalam setiap perjalanan itu,aku akan menemui banyak persimpangan dan halangan di dalam perjalanan yang akan ku tempuhi. Namun aku mesti berani,tabah dan cekal untuk mengambil keputusan persimpangan dan haluan yang mana akan aku pilih untuk menuju ke destinasi yang aku harap-harapkan menjadi kenyataan suatu hari nanti.....

Harapanku agar aku dapat menikmati setiap kejayaan dan impian yang telah terlaksana bersama orang yang tersayang yang berada disekelilingku...Ya Allah tuhan sekalian alam ,kabulkan doaku dan berkatilah usahaku selama ini agar aku sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah daripadamu,jangan lah biarkan diriku terus lalai dengan dunia yang sementara ini....

kepada Abah dan Mak,Kasih sayang dan pengorbanan yang telah kau curahkan kepada ku selama ini,aku sanjung tinggi,Tak terbalas aku dengan apa yang telah kamu berdua berikan kepadaku selama ini...semoga Allah akan memberikan kesejahteraan kepada Abah dan Mak dan menggolongkan kalian berdua di kalangan orang-orang yang terpilih,insyaallah.

Kepada isteriku yang ku kasihi dan anak-anak yang ku sayangi,insyallah abah akan cuba bahagiakan kamu semua. Abah akan cuba menjadi seorang suami dan seorang ayah yang bertanggungjawab terhadap kalian... kalian merupakan tonggak kekuatan untuk abah terus mengharungi kehidupan ini...Amin

Insyaallah

Rabu, 28 Julai 2010

Di mana maruah kita

Setelah sekian lama tidak menulis di blog ini,di kesempatan ini saya ingin menyampaikan salam kepada dunia yang semakin hari semakin huru hara keadaannya .....peperangan,jenayah,bencana alam semakin mengharuk pikuk kan keadaan semasa... sampai bilakah keadaan ini akan berlarutan...palestin dijajah oleh zionis israel setiap inci di negara itu,sampai bilakah umat islam di dunia ini hanya mampu melihat saudara mereka di tindas sedemikian rupa ,di manakah maruah kita sebagai orang Islam?
Allah telah berpesan di dalam Al-Quran "berpeganglah kamu kepada tali Allah nescahya kamu tidak akan sesat" tapi apa yg terjadi di Malaysia masih tidak ada kesepaduan untuk orang melayu yang beragama islam untuk bersatu ....di manakah maruah kita sebagai orang Islam?
Oleh itu sedarilah kita wahai orang-orang islam, jangan lah kita hanya berpeluk tubuh dan memerhati keadaan sekeliling dan hanya mengharap kedatangan Imam Mahdi dan Nabi Isa untuk membantu kejayaan Islam..seharusnya kita telah memulakan langkah untuk membantu Imam Mahdi dan Nabi Isa agar Islam kembali cemerlang dan terbilang seperti di zaman rasullulah dahulu